Monday, July 27, 2009

Jelajah Dunia Nur Kasih..








Selama ni memamg aku jarang menonton drama melayu kt Tv tu..Sebabnya semua drama melayu same je..cintan-cintan..gado gado..tu je..xde lain ke..??hahha..Tapi Drama Nur Kasih ni memang lain dari yang lain.Sinematografinye pon agak berlainan dan istimewa berbanding drama bersiri yang lain. Ia mempunyai combinasi antara konsep kekeluargaan , keagaaman iaitu taat kepada Allah S.W.T , Perkahwinan yang utuh dan Persahabatan yang kukuh sesama umat.Tambahan pula, drama ini kadagkala memberi impak kepada ku yang sebernarnya keluarga adalah amat penting dalam hidup kita.Bab cinta pula, cinta kepada Allah SWT adalah cinta yang teragung hendaknya.Aku amat tertarik dengan salah satu watak dalam drama ini. Namanya Nur Amina,seorang role model yang bole aku kategorikan sebagai wanita solehah dan isteri yang taat.Aku ingin menjadi seperti Nur Amina suatu hari nanti.Gaya tudongnya tersendiri membuatkan aku ingin mengikutinya sebagai seorang wanita yang baru bertudung 2 tahun lalu.
Dia merupakan pelajar ijizah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam bidang senibina bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek wanita yang berjaya. Gadis yang dibesarkan di Tanjung Karang, Selangor ini ingin membina sebuah bangunan yang bercirikan Islam apabila dia tamat pengajian kelak.
Di samping rakan-rakannya Nur dikenali sebagai seorang yang sangat baik dan sering dijadikan ‘role model’ dikalangan rakan-rakanya. Sifat hormat terhadap orang tua dan sabar dalam menghadapi segala masalah menjadikan Nur sangat disenangi.
Sikap sanggup berkorban demi orang yang tersayang membuatkan Nur merupakan anak yang paling disayangi oleh pasangan Imam Abu Bakar & Mak Ani. Nur sangat berpegang teguh kepada prinsip tiada kejayaan tanpa rintangan, tiada kebahagiaan tanpa kesedihan... APAKAH KESUDAHAN KISAH PERJALANAN WANITA INI? TONTONI LAH NUR KASIH SETIAP JUMAAT 9 MLM DI TV3...

No comments: